Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan, kenderaan elektrik bakal menjadi pilihan untuk masa hadapan kerana kurang pencemaran.
Untuk itu, beliau berharap agar Proton Holdings Bhd dapat memajukan projek kereta elektrik seterusnya mengeluarkan kenderaan jenis itu pada masa akan datang.